Header logo

Maklumat berguna inDriver tentang koronavirus (COVID-19)

Kesihatan dan keselamatan pengguna kami adalah matlamat utama kami dalam menangani penularan koronavirus (COVID-19). Disebabkan berita terkini tentang pandemik koronavirus, kami ingin memastikan bahawa pengguna inDriver dimaklumkan mengenai cara yang berkesan untuk mencegah penyakit, kedua-duanya semasa perjalanan inDriver dan dalam kehidupan harian mereka.

Mengenai koronavirus (COVID-19)

COVID-19 ialah nama bagi penyakit yang disebabkan oleh novel koronavirus. CO= Corona, VI = Virus, D = Penyakit, 19 = 2019 - tahun di mana penyakit pertama kali didaftarkan. Koronavirus adalah keluarga virus yang menyebabkan penyakit sederhana, seperti selsema biasa, serta penyakit pernafasan yang lebih serius, seperti pneumonia. Kami menggalakkan pengguna kami untuk hanya mempercayai maklumat dari saluran rasmi yang boleh dipercayai bagi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Kekalkan kebersihan asas

Basuh tangan menggunakan sabun dengan kerap dan menggunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol selepas menyentuh barang.

Jauhkan jarak anda

Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 3 kaki dari orang lain, terutamanya jika mereka mengalami batuk atau selsema, peningkatan suhu atau nampak sakit.

Elakkan daripada menyentuh muka anda

Jika boleh, jangan sentuh mata, hidung atau mulut anda, memandangkan ia memudahkan bakteria untuk masuk dari tangan ke dalam badan anda.

Perhatikan kebersihan pernafasan yang betul

Ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu, sapu tangan atau siku anda. Buang tisu ke dalam tong sampah yang mempunyai penutup dengan segera dan gunakan pensenitasi tangan atau basuh tangan anda menggunakan sabun.

Amalkan jarak sosial

Cuba elakkan tempat awam, kawasan yang sesak dan pengangkutan awam. Jangan keluar dari rumah melainkan amat perlu: lagi kurang sentuhan yang anda ada, lagi cerah peluang anda untuk mengelakkan jangkitan.

Dapatkan rawatan perubatan

Jika anda mempunyai peningkatan suhu badan, selsema atau mengalami rasa lemah atau kesukaran bernafas, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Jangan keluar dari rumah; sebaliknya, minta panggilan rumah daripada pakar perubatan.