Header logo

Panduan keselamatan semasa menggunakan perkhidmatan e-panggilan

Pada 1 Mei, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan sesetengah perniagaan untuk beroperasi mulai 4 Mei, dengan syarat perniagaan-perniagaan tersebut mematuhi SOP yang ketat. Susulan pengumuman PKPB, Kementerian pengangkutan juga telah menyediakan peraturan operasi perkhidmatan e-panggilan:

  • Perkhidmatan e-panggilan dibenarkan membawa penumpang dari jam 6 pagi hingga 11 malam.

  • Perkhidmatan e-panggilan hanya dibenarkan membawa dua penumpang pada satu-satu masa.

  • Penumpang mesti duduk di tempat duduk belakang kenderaan.

  • Menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan - menggalakkan pembayaran tambang secara dalam talian dan bukan tunai.

  • Menggalakkan penggunaan hand sanitizer - pemandu digalakkan menggunakan hand sanitzer sebelum mengambil dan selepas menghantar penumpang. Penumpang juga digalakkan menggunakan hand sanitizer sebelum menaiki dan selepas turun dari kenderaan.

  • Pemandu dan penumpang perlu memakai topeng muka

Pada masa kerajaan bertindak melonggarkan sekatan PKP secara berperingkat, adalah amat penting bagi para pemandu e-panggilan untuk terus mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang ketat bagi memastikan kesejahteraan diri mereka dan para penumpang.

Sebagai ahli barisan hadapan, para pemandu berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 kerana mereka berkemungkinan membawa penumpang yang mempunyai simptom dan berada dalam ruang sempit. Kementerian Kesihatan telah menyediakan panduan bagi mengurangkan risiko tersebut dan memastikan keselamatan para penumpang e-panggilan:

  • Sebagai ahli barisan hadapan, para pemandu perlu memakai topeng muka pada setiap masa.

  • Buka tingkap kenderaan untuk pengudaraan sekiranya perlu

  • Nasihatkan penumpang yang mempunyai simptom untuk memakai topeng muka

  • Sediakan tisu, hand sanitizer dan bekas sampah berpenutup di dalam kenderaan

  • Bersihkan permukaan dalaman dan luaran selepas menurunkan penumpang

Sementara itu, para penumpang juga dinasihatkan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan semasa menggunakan perkhidmatan e-panggilan:

  • Pakai topeng muka jika mempunyai simptom pernafasan seperti batuk, demam dan bersin

  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk. Buangkan tisu yang telah digunakan dengan segera ke dalam bekas sampah berpenutup atau beg plastik dan bersihkan tangan dengan teliti.

  • Minta pemandu buka tingkap jika perlu

Perang melawan COVID-19 masih jauh dari berakhir. Walaupun kerajaan telah bertindak memulakan semula aktiviti-aktiviti ekonomi secara berperingkat, PKP masih lagi berkuatkuasa sehingga 9 Jun. Terus tinggal di rumah untuk lindungi diri dan keluarga anda dan hanya keluar jika perlu.

#StayAtHome

#KitaMestiMenang

#kawalankendiri